Sebelum ini, tular di media sosial dua foto frontliner menggendong seorang warga emas sehingga membuatkan ramai berasa terharu akan kesanggupan mereka.

Mereka juga telah meraih pujian orang ramai sehingga mendapat perhatian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sendiri iaitu Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

KP Kesihatan zahir terima kasih

Dalam muat naiknya di Facebook, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada dua individu tersebut iaitu Inspektor Kesihatan Shahir Razali dan Mastura Maznor  yang telah menghayati slogan Kementerian Kesihatan sendiri iaitu ‘Kami Sedia Membantu’.

Menurutnya lagi, berkhidmat dengan memakai sut PPE pada bulan Ramadan adalah satu cabaran besar dan mereka mampu menghadapi dengan sabar. Jadi, mereka merupakan hero yang sebenar dalam ‘perjuangan’ ketika ini.

‪Treating human life delicately without racial or religious boundaries. Our health inspector Shahir Razali carrying…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Saturday, May 9, 2020
Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Contoh yang sangat baik

Posting yang dibuat itu telah pun mendapat lebih daripada 33,000 tanda suka dengan rata-rata memuji khidmat bakti tersebut. Warganet telah meninggalkan pelbagai kata-kata positif dengan mengakui bahawa mereka adalah hero ketik ini dan layak diberi pengiktirafan.

Semua adalah komando tempur tanpa senjata

Semoga Tuhan merahmati kalian

Terdahulu, gambar kedua frontliner yang membantu sorang warga emas berbangsa Cina untuk berjalan mendapat perhatian umum.

Kesanggupan mereka berkhidmat dengan ikhlas tanpa sebarang prajudis dan rasis ketika berpanas di bulan Ramadan mendapat perhatian ramai dan berasa terharu dengan kegigihan mereka itu.

Sumber : Oh My Media!

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here