“Ini duit percutian kami tetapi tidak digunakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Kami gunakannya bagi membeli barangan keperluan harian untuk diberikan kepada penduduk memerlukan di pulau ini,” kata pemuda Jerman yang hanya mahu dikenali sebagai Benedict, 33.

Memetik laporan Harian Metro, Benedict bersama teman wanitanya yang berasal dari Indonesia, Lina, 29, sudah dua bulan berada di Kota Kinabalu ekoran terkandas berikutan pelaksanaan PKP di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.

Mulianya hati pelancong ini | Harian Metro
Kredit: Harian Metro

“Kita tiba di negeri ini sehari sebelum PKP kerana bercadang mahu mengelilingi Sabah termasuklah pergi ke pulau dan mendaki Gunung Kinabalu.

“Bagaimanapun, agensi yang bertanggungjawab memaklumkan semua aktiviti pelancongan ditutup selama dua minggu ketika itu.

“Mulanya saya dan Lina ambil keputusan untuk menunggu sehingga PKP fasa pertama selesai namun ia dilanjutkan hingga kini mengakibatkan kami terpaksa tunggu keadaan kembali pulih,” katanya yang bertugas sebagai pengkaji bebas.

Sementara itu, Lina menyatakan idea menyalurkan sumbangan itu timbul selepas mendengar cerita warga setempat tentang penduduk Pulau Gaya khususnya Kampung Pondo.

Bantu mereka yang memerlukan

Menurut Lina, dia dan Benedict bertemu ketua kampung serta melihat sendiri kehidupan penduduk di kampung itu lebih dahulu sebelum kembali semula untuk memberikan sumbangan.

“Kebetulan kita mempunyai bajet yang tidak digunakan selain berpendapat mahu melakukan sesuatu yang bermanfaat buat penduduk di sekitar bandar raya ini.

Mulianya hati pelancong ini | Harian Metro
Kredit: Harian Metro

“Walaupun sumbangan yang diberikan tidak banyak namun berharap ia dapat meringankan keluarga yang memerlukan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Lina berkata dia serta teman lelakinya menyumbangkan bekalan makanan kepada 40 keluarga yang terdiri daripada balu, warga emas dan individu yang sakit.

Barangan diberikan seperti beras, telur, gula, minyak masak dan mee segera.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here