Kebanyakan golongan OKU kini dilihat lebih selesa berdikari dan berusaha sendiri untuk mencari pendapatan tanpa ihsan orang ramai. Malah, segelintir golongan ini lebih gemar jika orang sekeliling mereka melayannya seperti orang normal.

Jadi, tidak hairanlah jika golongan OKU ini boleh berjaya dan mampu meraih pendapatan yang setanding dengan orang lain. Walaupun pergerakan terbatas dan faktor cacat fizikal, namun golongan ini dilihat tetap kuat semangat melakukan pekerjaan mereka.

Kita yang normal ni pun mengeluh hidup susah!

Salah seorang pengguna laman Twitter, berkongsikan serba sedikit bingkisan video yang memaparkan seorang insan OKU dari golongan Cerebral Palsy melakukan jual beli atas talian menerusi live di Facebook.

Keratan video insan istimewa menjual…

Dalam live tersebut, pemuda OKU itu dilihat mempromosikan dan menjual stokin-stokin yang bercorak comel. Walaupun percakapannya kurang jelas, tetapi ketekunan dan keyakinannya sememangnya sangat dipuji.

Saya adalah seorang OKU yang cacat anggota dari golongan Cerebral Palsy,berusaha menjalani perniagaan online, saya mohon maaf yang saya mempunyai masaalah pertuturan, seandainya rakan rakan sekalian tidak dapat memahami saya sila teks dengan saya dalam chatI am a physically disabled person diagnose as Cerebral Palsy, doing my best to do online business and my apology that I have problem with my speech and if you do not understand me please text me on the chat for better communicationsiapa yang berminat boleh whatsapp saya serega http://www.wasap.my/60129323455Follow instagram Min : http://instagram.com/_u/scarpenegoziomyFollow telegram Min :t.me/myproductSNMY

Posted by Scarpe Negozio My on Thursday, May 7, 2020

“Saya mohon maaf yang saya mempunyai masalah pertuturan…”

Lebih menyentuh hati, setiap videonya mempunyai kasyen yang tertulis permohonan maaf seandainya para pelanggan tidak memahami percakapannya kerana masalah kesihatan yang dihadapi.

Ramai yang kagum dengan pemuda OKU ini kerana tetap cekal menjalankan perniagaan walaupun serba kekurangan. Kebanyakan pelanggan yang berurusan dengannya meninggalkan maklum balas dan komen yang bagus di Facebook.

Sumber: Twitter, Facebook.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here