Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menafikan pihaknya melakukan penganiayaan dan menyekat penjaja serta peniaga kecil menjalankan perniagaan selepas bertindak merampas peralatan perniagaan gerai penjaja di sekitar daerah ini.

Menurut laporan Harian Metro, Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin, berkata, tindakan itu bersifat sementara bagi menghalang penjaja menjalankan perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Bukan nak aniaya penjaja' | Harian Metro
Kredit: Harian Metro

Tindakan berkenaan seiring dengan peraturan tertentu ditetapkan MBS

Beliau berkata, selain itu, tindakan berkenaan juga seiring dengan peraturan tertentu ditetapkan MBS selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab terhadap penjaja, termasuk mengeluarkan lesen kepada mereka.

“Kami dapati terdapat penjaja ini meneruskan perniagaan ketika PKP walaupun tindakan itu menyalahi undang-undang ditetapkan pihak berkuasa, terutama Kementerian Kesihatan (KKM), sekali gus mendedahkan mereka kepada Covid-19.

“Sehubungan itu, kami terpaksa mengambil tindakan menghentikan operasi mereka buat sementara waktu dengan mengambil semua peralatan yang ada di gerai berkenaan bagi disimpan sementara.

“Tindakan ini perlu dilakukan sebagai langkah menyekat penularan wabak Covid-19 yang boleh meragut nyawa,” katanya pada sidang media di bangunan MBS di Seramban, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani.

Boleh tuntut semula peralatan mereka dan teruskan perniagaan selepas PKP tamat dan wabak Covid-19 reda

Zazali berkata, penjaja terbabit akan dibenarkan menuntut semula peralatan mereka dan meneruskan semua aktiviti perniagaan dijalankan sebaik tamat PKP dan wabak Covid-19 ini reda.

Beliau bagaimanapun menegaskan, selepas ini penjaja perlu mematuhi peraturan yang sedia ada termasuk tidak mendirikan bangunan gerai kekal di tepi jalan selain perlu memiliki lesen PBT.

Kumpul senarai peniaga, penjaja terkesan PKP | Harian Metro
Gambar Hiasan

“Ini bukan peraturan baharu tetapi peraturan lama, namun ramai penjaja tidak mematuhinya.

“Kita berharap penjaja dapat mematuhi peraturan ditetapkan demi untuk kepentingan dan keselamatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Taufek berkata, pihaknya sudah ada perancangan untuk mewujudkan satu kawasan penjaja yang sistematik di Paroi.

“Lokasi tapak itu sedang dikenal pasti dan kita berhasrat menjadikan projek ini sebagai contoh untuk dilaksanakan di tempat lain di negeri ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here