Selepas 200 etnik Rohingya yang cuba memasuki perairan Langkawi bulan lalu, kini Pasukan Polis Marin (PPM) mendapat maklumat terdapat dua bot berada di kawasan perairan negara jiran malah menunggu masa untuk menceroboh masuk ke Malaysia.

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, Komander PPM Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Yusof Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat masih terdapat bot lain sedang cuba masuk ke sini.

Menurut beliau, pendatang asing tanpa izin (PATI) itu tidak berani masuk ke Malaysia selepas semua agensi membabitkan PPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengetatkan kawalan di perairan negara.

Gambar sekadar hiasan

“Apa yang kita terima memang ada dua bot lagi berada di perairan negara jiran. Namun disebabkan kawalan ketat ini…
“…dengan tiga lapisan daripada ATM, APMM dan PPM menyebabkan mereka tidak berani masuk ke negara ini untuk berlabuh,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Oh My Media

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here