“Tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka terpaksa di kuarantin 14 hari. Itu adalah antara cabaran turut dilalui kami sepanjang pandemik Covid-19 ketika ini,” ujar Pengarah APM Melaka Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali.

Memetik laporan dari Harian Metro, mereka yang bertugas di barisan hadapan termasuk di pusat kuarantin turut terdedah dengan risiko hingga menyebabkan tujuh anggota APM perlu menjalani proses kuarantin.

Kami gadai nyawa sepanjang masa | Harian Metro
Kredit: Harian Metro

“Namun selepas saringan kesihatan, mereka didapati negatif wabak berkenaan.

Syukur selamat dan kembali berkhidmat

“Saya bersyukur semua mereka selamat dan kembali berkhidmat dengan penuh dedikasi. Kami terus berusaha memutuskan rantaian wabak berkenaan,” katanya.

Effendy berkata, lebih 400 anggota APM bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk di dua pusat kuarantin negeri dan lapan pusat kuarantin hotel di Melaka.

Menurutnya, anggota APM turut terbabit dalam penugasan rondaan pematuhan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)selain bertugas di pusat perkhidmatan kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

“Walaupun terpaksa meninggalkan anak isteri namun mereka nekad bertugas di barisan hadapan.

“Inilah tugas yang amat berbeza berbanding sebelum ini berikutan kami perlu berdepan dengan musuh yang tidak kelihatan,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan makanan oleh Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka, tadi.

Sumbang Pam Penyembur Bantu Hapus Virus COVID-19 | Malaysia Aktif
Gambar Hiasan

Majlis penyerahan disempurnakan pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Muslim Md Shah kepada Effendy yang turut terharu dengan pengorbanan APM.

Sementara itu Muslim berkata, sumbangan turut diserahkan di agensi barisan hadapan lain termasuk Hospital Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

Katanya, sumbangan berkenaan juga membabitkan kakitangan Hospital Jasin, Alor Gajah , anak yatim, miskin serta ibu tunggal.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here