Seperti yang kita semua tahu, Ustaz Ebit Lew kini kembali memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Kini, tanpa menoleh kebelakang, beliau terus menghulurkan bantuan buat sesiapa sahaja.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew telah pergi ke daerah Sungkai, Perak dan memasuki beberapa perkampungan di sana untuk memberikan bantuan tanpa mengira kaum mahupun agama.

Sayu lihat mereka yang hidup dalam serba kekurangan

Menerusi perkongsian beliau di Facebook, Ebit Lew mengakui berasa sebak melihat keadaan rumah mereka yang mengalami kerosakan. Walaupun ditawarkan tempat tinggal yang lebih selesa, mereka menolak dengan baik kerana memikirkan jarak perjalanan ke tempat kerjja yang agak jauh.

Image may contain: 1 person, standing, tree and outdoor
Image may contain: 3 people, people standing
Image may contain: 2 people, people standing, beard and outdoor

“Ramai juga tak pandai online untuk pohon bantuan dan lain-lain”

Menurutnya lagi, kebanyakan penduduk di sana tidak mahir untuk memohon bantuan secara online. Hal ini menjadikan mereka lebih sukar untuk memperolehi bantuan yang selayaknya.

Image may contain: 2 people, people standing
Image may contain: 2 people, people standing and outdoor
Image may contain: 5 people, people standing and outdoor

Turut memberi sumbangan di kuil

Dalam pada itu juga, pendakwah tersebut sempat singgah ke beberapa buah kuil dan bertemu dengan sami bagi memberikan sumbangan kepada mereka.

Barangan dapur dan sedikit wang tunai turut diserahkan bagi membantu mereka membeli barangan keperluan ketika dalam keadaan sukar seperti ini.

Image may contain: 1 person, standing and indoor
Image may contain: 2 people, people standing
Image may contain: 2 people, people standing

Sumber: Ebit Lew

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here