KUALA LUMPUR: Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia bagi menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) adalah gerakan berterusan yang dilaksanakan sepanjang tahun.

Justeru, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menolak dakwaan bahawa operasi seumpama itu hanya dilancarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarta (PKPB).

Katanya, operasi berkenaan sudah dilaksanakan agensi kerajaan diketuai Jabatan Imigresen sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB dilaksanakan lagi.

“Apa yang dilaksanakan kini perkara biasa dan mana-mana negara pun melaksanakan apa yang Malaysia kuatkuasakan.

“Undang-undang mengenai kemasukan warga asing tanpa dokumen yang dikuat kuasa di negara ini adalah yang digunakan seluruh dunia, tiada negara yang memberi kebebasan kepada warga asing tanpa dokumen yang masuk ke negara mereka.

“Di negara lain juga pendatang tanpa izin akan ditangkap kerana tiada rekod dan dokumen perjalanan yang sah dan jangan ada yang mengkritik tanpa bukti, lihat dulu negara masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas harian menteri mengenai pelaksanaan PKPB di Putrajaya , hari ini.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here