Pada Ahad yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan 9 Jun. Seperti yang kita semua sedia maklum, sepanjang PKP ni sesetengah penjawat awam diarahkan untuk work from home bagi menghentikan penularan wabak Covid-19.

Terdapat beberapa tempat juga diarahkan tutup seperti pusat ibadah, universiti, kolej malah sekolah juga diarah tutup bagi mengelak aktiviti berhimpun.

Oleh itu, sudah semestinya para guru still akan work from home sebab sesi pembelajaran bagi anak murid tetap berlangsung walaupun sekolah tutup.

“Selidik kembali pendapatan guru…”

Namun begitu, ada segelintir individu yang tak puas hati dengan guru, dimana gaji diorang masih jalan walaupun sekolah ditutup. Semasa ‘live’ di Facebook Harian Metro, mereka yang tidak berpuas hati dengan guru itu meminta PM agar mengkaji semula gaji guru kerana sesi persekolahan tidak berlaku.

Hal ini dikaitkan dengan perkongsian di Twitter di mana ada seorang individu memberi komen dekat live Facebook dan menggesa Perdana Menteri untuk kaji balik gaji cikgu sebab sekolah tak buka. Perkara ini dikatakan tidak adil dengan orang lain sebab guru seakan-akan tak buat kerja pun.

“KENAPA MOSTLY PARENTS MACAM DENGKI SANGAT DENGAN PARA GURU TIME PKP NI?

Namun begitu, ramai netizen yang tak puas hati dengan komen individu berkenaan. Mungkin dia tak tahu yang realiti sebenar kerja seorang cikgu lagi-lagi time PKP ni.

Ada netizen yang berkongsi pendapat, pekerjaan seorang guru pada waktu dulu tak sama dengan zaman sekarang yang banyak perkara perlu diambil kira kerana cikgu waktu dulu tak banyak kerja macam cikgu zaman sekarang.

Walaupun PKP dilaksanakan tetapi sesi pembelajaran tetap berjalan. Itulah cabaran cikgu-cikgu waktu PKP ni demi memastikan murid-murid siapkan tugas yang telah diberi dan mereka tidak ketinggalan pelajaran.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here