Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR:Setakat ini, Pahang, Pulau Pinang dan Melaka merekodkan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tertinggi dengan mencapai 98 peratus sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kadar pematuhan SOP paling rendah pada peringkat negeri yang dicatatkan setakat ini pula ialah 86 peratus.

“Oleh itu, secara puratanya, kadar pematuhan SOP ketika PKPB berkuat kuasa buat masa ini ialah sekitar 95 peratus,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here