KUALA LUMPUR, 13 Mei  — Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menafikan menjalinkan sebarang kerjasama dengan MY E.G Services Bhd (MYEG) berhubung pelaksanaan Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO.

Dalam kenyataan hari ini, PERKESO berkata pendaftaran PSP PERKESO hanya boleh dibuat melalui portalnya di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my.

“Syarat dan prosedur saringan dipaparkan di laman web tersebut iaitu www.perkeso.gov.my dan juga media sosial rasmi PERKESO.

“Ujian saringan COVID-19 disediakan secara percuma kepada pekerja dan majikan yang berdaftar dengan PERKESO,” menurut kenyataan itu.

Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-22-8000, 03-4264 5555 atau 03-8091 5100 dan menerusi e-mel PERKESO, [email protected]

Semalam, MYEG, dalam satu kenyataan, berkata mereka bekerjasama dengan panel klinik berdaftar PERKESO bagi mengatur saringan dijalankan di premis majikan oleh pengamal perubatan dengan mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan, selain menawarkan portal sehenti untuk majikan Malaysia menguruskan keperluan berkaitan saringan COVID-19.

Pada masa ini, pekerja yang berdaftar sebagai pencarum PERKESO termasuk pekerja asing, kos ujian COVID-19 mereka dilindungi dibawah program tersebut.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here