Pengarah Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Mike Ryan memberi amaran bahawa COVID-19 mungkin tidak akan hilang. Sebaliknya, virus itu mungkin akan terus wujud dalam kalangan manusia sepertimana human immunodeficiency virus (HIV).

Dalam ucapannya pada Rabu, beliau berkata pengawalan virus itu memerlukan usaha yang besar walaupun vaksin telah ditemui.

“Penting untuk kita sedar, virus ini mungkin akan menjadi virus endemik dalam komuniti kita, dan ia mungkin tak akan hilang,” katanya dalam sidang maya dari Geneva.

“HIV tidak hilang, tetapi kita telah memahaminya,” ujar beliau yang tidak percaya ada yang dapat meramalkan bila virus itu akan hilang.

Dengan kira-kira lebih 100 vaksin berpotensi yang dalam pembangunan, Dr Mike mengatakan masih ada penyakit yang belum disingkirkan walaupun mempunyai vaksin, seperti campak.

covid-19
Gambar Hiasan

Sementara itu, Pengarah Urusan WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menekankan, proses pengawalan virus boleh dilakukan dengan usaha.

“Bagaimana ia bakal berubah’ di dalam tangan kita, dan ia merupakan urusan semua orang. Kita semua perlu menyumbang untuk menghentikan pandemik ini,” katanya.

Pakar Epidemiologi, Maria van Kerkhove memberitahu, “Kita perlu percaya ia akan mengambil masa untuk keluar dari pandemik ini.”

Kenyataan tegas mereka muncul setelah beberapa negara mula melonggarkan kawalan bagi membuka semula ekonomi masing-masing.

Tambah Tedros, tiada jaminan bahawa melonggarkan kawalan tidak akan menyebabkan tercetusnya gelombang kedua jangkitan.

Ekoran itu, beliau menekankan semua negara atau tetap berjaga-jaga pada tahap tertinggi.

Sehingga kini, hampir 300,000 mangsa seluruh dunia maut akibat COVID-19 dengan lebih 4.3 juta kes telah direkodkan.

*endemik- penyakit yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu. 

Sumber: BBCThe Bangkok PostSCMP, Siakap Keli

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here