Malaysia bersedia bergabung serta bekerjasama dengan Iran bagi memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara dalam usaha memerangi pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  hari ini.

Muhyiddin yang menerima panggilan daripada Presiden Iran Hassan Rouhani pada petang ini memaklumkan kedua-dua pemimpin negara itu turut membincangkan pelbagai perkara mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran serta berkongsi pengalaman dalam mendepani cabaran  COVID-19. 

“Petang tadi saya menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran Hassan Rouhani. Saya menzahirkan rasa simpati dan solidariti Malaysia kepada Iran atas situasi terkini COVID-19 di negara itu dan tragedi gempa bumi yang menimpa Iran pada awal Mei lalu. 

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

Kami turut berbincang bagaimana untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pendidikan tinggi,” kata beliau menerusi akaun Facebooknya. 

Muhyiddin berkata mereka juga bersependapat lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi mengenal pasti dan mengembangkan potensi kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

“Kami akhiri perbualan dengan saling mengundang untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara masing-masing selepas pandemik COVID-19 berakhir,” kata perdana menteri.

Sumber: BERNAMA, Muhyiddin Yassin

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here