Gambar Hiasan

SHAH ALAM, 14 Mei — Selangor masih mengekalkan keputusan untuk tidak membenarkan solat Jumaat bagi orang awam di masjid dan surau di negeri ini, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Gambar Hiasan

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun solat Jumaat hanya dibenarkan dilakukan oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan imam dalam jumlah tiga hingga 12 orang sahaja mulai esok.

“Hanya AJK masjid dan imam dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di masjid negeri, masjid diraja serta masjid daerah,” jelas kenyataan itu di sini, hari ini.

Kenyataan itu memberitahu bahawa ketetapan itu dibuat selepas hasil perbincangan antara Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan JAIS mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebarang ketetapan terbaharu mengenai isu itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, menurut kenyataan itu.

Pada 13 April, Sultan Sharafuddin menitahkan agar solat Jumaat, solat berjemaah dan aktiviti ceramah di masjid, surau dan musollah, di Selangor ditangguhkan sehingga 31 Mei ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

— BERNAMA

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here