Sudah tidak asing lagi untuk didengari apabila pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Semalam, beliau telah mengongsikan pengalamannya membantu sebuah keluarga di Pasir Mas, Kelantan. Sudah lebih kurang 20 tahun, keuarga tersebut tinggal di pondok yang tidak mempunyai tandas berhampiran tempat pembuangan sampah.

Menangis lagi. 20 tahun tinggal pondok kecil tanpa tandas. Menangis lagi hari ini di Kelantan. Ditempat pembuangan…

Posted by Ebit Lew on Wednesday, May 13, 2020

Tiada rupa rumah langsung

Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengakui sedih dan sebak melihat seorang warga emas bersama anak dan cucunya tinggal di sebuah pondok yang sangat daif. Terdapat 3 buah pondok berhampiran tempat pembuangan sampah itu. Dengan ketiadaan tandas, baginya pondok tersebut tidak menunjukkan ciri-ciri kediaman yang layak didiami. Tambahan pula, jika hujan lebat habis air naik dengan sampah-sampah. Jadi, tidak sepatutnya ada sesiapa tinggal disitu.

Image may contain: tree, plant, sky, house, outdoor and nature
Image may contain: sky, tree, outdoor and nature

Pindah ke rumah baru dan dibayarkan sewa

Menurutnya lagi, salah seorang cucu warga emas itu merupakan seorang pelajar di sebuah kolej dan menangis apabila menceritakan kepayahan yang dihadapi oleh keluarganya selama ini. Nenek tersebut sakit dah uzur, sudah tidak larat untuk berjalan.

Oleh itu, seperti kebiasaannya, Ustaz Ebit telah mempelawa mereka untuk berpindah ke kediaman yang lebih selesa dan mereka bersetuju dengan pelawaan beliau.

Image may contain: 1 person, sitting and outdoor
Image may contain: 3 people, people sitting and outdoor

“Terima kasih kepada yang membantu.”

Di akhir perkongsian tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantunya sepanjang menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut. Tambahnya lagi, mulai Mei ini keluarga tersebut akan menerima bantuan daripada JKM di sana.

Image may contain: 1 person, standing, tree, sky, plant, outdoor and nature
Image may contain: 4 people, people standing, car and outdoor

Sumber: Ebit Lew

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here