TAWAU: Tiga pelajar universiti yang dibawa pulang dari Kuala Lumpur ke Tawau baru-baru ini ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak mematuhi arahan peraturan kuarantin di rumah.

Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) Tawau, Dr Suzalinna Sulaiman berkata pihaknya telah menahan pelajar berkenaan dan akan didakwa kerana melanggar Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan)(3)2020 kerana merisikokan keselamatan awam.

“Setakat ini kita yang memang sudah ditangkap ada tiga pelajar yang tidak mematuhi arahan peraturan kuarantin di rumah.

Image may contain: one or more people and people sitting

“Jadi memang kita akan buka kes siasatan dan akan lanjutkan untuk pendakwaan untuk proses seterusnya,” jelasnya.

Tambah Dr Suzalina, pihaknya telah menggerakkan penguatkuasaan petugas kesihatan untuk memantau setiap pelajar yang tiba dari Kuala Lumpur pada 1 dan 5 Mei lalu.

Kesemua pelajar itu diarah menjalani kuarantin di rumah masing-masing sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

“Salah satu daripada kerja penguatkuasaan ini, kita memang buat kita pemantauan ini.

BERNAMA - COVID-19: Sabah catat dua lagi kes baharu semalam ...

“Jadi kita akan pergi ke tempat tempat tu dalam keadaan seperti membuat risikan, kalau tidak, dia yang tidak boleh keluar daripada kawasan rumah akan keluar,” katanya.

Dalam pada itu, Suzalinna juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dalam menyalurkan makluman kepada pihaknya untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan kuarantin di rumah.

Sehubungan itu, pihaknya akan melaksanakan kuarantin di Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Balung Tawau kepada penumpang seterusnya yang akan tiba memandangkan masih ramai yang tidak mematuhi peraturan arahan kuarantin di rumah.

Untuk rekod, seramai 72 pelajar universiti telah dibawa pulang dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua penerbangan berasingan pada 1 dan 4 Mei lalu.

Sumber: Astro Awani

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here