KUALA LUMPUR, 15 Mei — Jumlah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat membantu agensi penguatkuasa lain menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kekal lebih 7,000 anggota, kata Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang.

Beliau berkata jumlah berkenaan kekal walaupun PKP telah memasuki fasa baharu iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sehingga kini pihaknya banyak membantu penugasan sekatan jalan raya, membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat saringan COVID-19 dan menghantar bantuan peralatan, kelengkapan, pakaian perlindungan diri  (PPE) di Sabah serta Sarawak.

ATM turut membantu dalam memasang kawat duri di kawasan dikenakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dalam memudahkan pihak KKM melakukan saringan di kawasan misalnya di Pasar Jalan Othman iaitu kawasan PKPD Kelapan yang masih berjalan,” katanya dalam program ‘Selamat Pagi Malaysia’ di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini, hari ini.

Affendi berkata, khidmat ATM akan terus dikerah selagi mana ia diperlukan dalam bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain sepanjang tempoh PKP ini.

“Kini masuk ke fasa PKPB, ATM terus melaksakan tanggungjawab sama dalam membuat sekatan, rondaan serta memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dipatuhi,” katanya.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here