Seperti yang kita tahu, sejak Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dilaksanakan, Ustaz Ebit Lew merupakan salah seorang insan yang giat melakukan kerja-kerja amal dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Justeru itu, usaha Ustaz Ebit bagi meringankan beban mereka sering mendapat pujian dari banyak pihak dan juga sering mendapat sokongan daripada pelbagai kaum. Sifat terpuji pendakwah ini juga turut menjadi inspirasi kepada orang ramai agar sering membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Semalam, Ustaz Ebit tidak melepaskan peluang melawat peminat istimewanyanya di Kelantan. Beliau telah mengongsikan kisah peminat istimewa tersebut di Facebooknya.

Saya hadiahkan motor Modenas baru, roda 3 dan tilam. Sebak ziarah adik Firdaus ni di Kelantan. Terlantar lumpuh….

Posted by Ebit Lew on Friday, May 15, 2020

Menghadiahkan motosikal baru

Melalui perkongsian tersebut, beliau telah menghadiahkan motosikal roda 3 yang baru buat pemuda tersebut agar dia dapat terus mencari rezeki.

Image may contain: 1 person, outdoor

Sering komen di Facebook Ustaz

Tambahnya lagi, Firdaus sering meninggalkan komen semasa beliau membuat ‘Live’ di laman Facebooknya. Pemuda tersebut juga sering menjawab kuiz online di Facebook untuk mencari rezeki.

Maknya kerja kutip besi buruk

Menerusi posting tersebut, Ustaz Ebit Lew memaklumkan bahawa emak pemuda tersebut mencari rezeki dengan mengutip besi buruk. Tapi disebabkan pelaksanaan PKP, tiada tempat untuk menghantar besi-besi tersebut kerana kebanyakan syarikat tutup.

Image may contain: 2 people, outdoor

Firdaus tidak boleh berjalan

Firdaus merupakan seorang anak yang pandai. Dulu badannya lemah, namun setelah menjalani beberapa rawatan, pemuda tersebut terus tidak boleh berjalan dan terbaring dengan memakai pampers.

Image may contain: one or more people, people on stage and people sitting

Sumber: Ebit Lew

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here