KUALA LUMPUR, 15 Mei — Kawasan di sekitar pasar di Jalan Pasar dan Jalan Pudu di sini, dipasang pagar kawat berduri dan dikawal oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak tengah malam tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kawasan berkenaan bagaimanapun tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebaliknya hanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkemas dan diperkasa. 

“Tidak dikenakan PKPD tetapi memperkemas dan memperkasa PKP seperti dilakukan di Jalan Raja Bot, Pasar Chow Kit,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bernama difahamkan, pemasangan pagar kawat duri dilakukan dari D’Majestic Place hingga ke persimpangan Jalan Pasar/Jalan Pudu dan Jalan Landak oleh ATM.

Terdahulu, media melaporkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan ujian saringan terhadap ratusan pekerja warga asing yang bekerja di Pasar Pudu, awal bulan ini. 

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here