Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diminta supaya tidak terus tertanya-tanya, keliru dan tidak faham dengan keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dibuat Peguam Negara dan dilaksanakan Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes itu pada akhir tahun 2019.

”Tindakan Dr Mahathir amat-amat tidak munasabah sebagai bekas Perdana Menteri pada masa material dan kerajaan berharap beliau tidak terus bertindak mengelirukan rakyat dengan mengatakan beliau ‘keliru’,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus bertindak mengikut lunas undang-undang dan berpegang kepada prinsip kebebasan badan kehakiman serta proses perundangan yang sah.

Semalam, Dr Mahathir menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial beliau tidak bersetuju dengan keputusan kes pengubahan wang haram membabitkan penerbit filem Hollywood, Riza, kerana bimbang ia akan dijadikan rujukan oleh pihak lain yang mencuri wang rakyat.

Pada Khamis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan kerajaan dijangka menerima semula aset-aset di luar negara berjumlah RM465.3 juta (AS$107.3 juta) ekoran keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza.

Aset dan wang berkenaan dikaitkan dengan saman terhadap penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan 1MDB.   

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here