LANGKAWI: Tambang feri bagi laluan Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah serta sebaliknya, naik RM10 bermula hari ini.

Pengguna, Rumaizi Mohd Salleh, 45, berkata dia terkejut sejurus mendapati harga tiket feri perjalanan Kuah-Kuala Kedah yang biasanya cuma RM23 meningkat kepada RM33, hari ini.

“Pagi ini, saya beli tiket secara dalam talian dan harga tertera RM33 untuk dewasa, iaitu meningkat sebanyak RM10.

“Saya ada urusan penting. Jadi terpaksa beli juga tiket walaupun kenaikannya agak tinggi dan membebankan,” katanya ketika dihubungi.

Bagi perjalanan dari Kuah ke Kuala Perlis pula, harga lama ialah RM18 bagi dewasa dan RM12 kanak-kanak.

Sementara itu, tinjauan di kaunter jualan tiket feri di pekarangan Kompleks Jetty Point di sini, mendapati Ferry Line baharu menampal notis tambahan surcaj RM10 dikenakan, berikutan penjarakan sosial.

Ketika ini, usaha menghubungi pengurusan Ferry Line Sdn Bhd bagi mendapat maklum balas berkaitan perkara itu gagal kerana difahamkan mereka sedang bercuti.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here