PUTRAJAYA : Memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika cuaca panas bagi membersihkan Masjid Seri Petaling iaitu salah satu kawasan yang dikategorikan zon merah penularan COVID-19, antara cabaran dihadapi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ketika mengendalikan tugasan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid, berkata kerja pembersihan dan nyah cemar kawasan masjid terbabit memerlukan masa tiga hari kerana ruangnya luas serta perlu mengalihkan permaidani yang digunakan oleh peserta himpunan tabligh di masjid berkenaan, Februari lalu.

Katanya, segala kerja pembersihan dan nyah cemar itu perlu dilakukan secepat mungkin supaya virus tidak merebak di kawasan serta menjangkiti individu lain.

“Memakai set PPE dan mengangkat permaidani yang terdapat di masjid berkenaan bukanlah mudah. Kita terpaksa membuang permaidani terbabit kerana berkemungkinan ia sudah dicemari dengan virus.

“Proses pembuangan permaidani itu perlu dilakukan sebelum anggota bomba menjalankan operasi nyah cemar. Anggota bomba perlu memotong permaidani berkenaan satu persatu sebelum dihantar ke pusat Kualiti Alam bagi tujuan pembakaran.

“Selain di masjid, kita turut menjalankan operasi nyah cemar di setiap kawasan perumahan dan kuarters yang berada di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita dalam satu temubual khas, di sini.

Mohammad Hamdan memaklumkan, seramai 186 anggota dan pegawai JBPM turut menjadi pesakit di bawah pemantauan (PUI) dan pesakit disyaki (PUS) COVID-19.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak tiga anggota positif COVID-19 dan selebihnya menjadi PUI dan PUS ketika melaksanakan tugas serta menjadi kontak rapat dengan komuniti yang dijangkiti virus berkenaan.

“Bagaimanapun, kesemua mereka kini sudah bebas dari wabak berkenaan termasuk tiga anggota yang dijangkiti wabak terbabit,” katanya.

Sebelum in,i Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan perhimpunan jemaah tabligh di masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur sebagai kluster terbesar yang kini seramai 2,351 individu disahkan positif COVID-19 serta sudah menjangkiti sehingga lima generasi.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here