KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai kakitangan sebuah universiti ditemui meninggal dunia di sebuah asrama di universiti berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, mangsa merupakan seorang wanita berusia 34 tahun ditemukan dalam keadaan mereput dan berbau di atas lantai bersebelahan dengan katil dalam biliknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa juga merupakan seorang felo di salah sebuah kolej di universiti berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, keadaan dalam bilik mangsa tidak terusik dan kami tidak mengesyaki perbuatan jenayah berlaku terhadap mangsa.

Gambar hiasan
Kredit: Harian Metro

“Mangsa juga mengidap penyakit kencing manis yang serius sejak berumur 16 tahun lagi dan bergantung pada insulin,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.

Noor Azam menambah, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

UPDATED] A Senior Citizen Is Reported To Have Committed Suicide In ...

Sumber: Astro Awani

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here