SANDAKAN, 17 Mei  — Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan hari ini menggagalkan cubaan menyeludup 90,000 liter petrol yang dianggar bernilai RM117,900 ke Filipina.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi ini ketika sepasukan PPM Sandakan membuat rondaan di perairan Gubbin Rock, dekat sini.

“Pasukan berkenaan telah menahan dan memeriksa sebuah kapal tangki bernama Hai Lee 5 dengan nombor pendaftaran SSK00672K bersama petrol yang disyaki untuk diseleweng ke negara jiran, Filipina.

“Kapten kapal juga gagal menunjukkan permit dan surat kebenaran memiliki dan menyimpan minyak petrol daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad Pajeri berkata, semua barang rampasan serta kapal tangki dianggarkan bernilai RM2 juta dan lima krew kapal termasuk kapten berumur antara 23-61 tahun ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here