Gambar Hiasan

IPOH: Sebanyak 127 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM12,493 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam serbuan di sebuah stor tanpa nombor di Simpang Pulai di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak V. Ravichandran berkata dalam serbuan hasil risikan dan maklumat orang awam bermula pukul 12 tengah hari itu, hasil pemeriksaan mendapati pemilik stor gagal mengemukakan lesen barang kawalan berjadual berurus niaga barang kawalan LPG.

Katanya pemeriksaan lanjut ke atas stor tersebut mendapati pemilik berusia 44 tahun memperoleh bekalan barang kawalan LPG daripada dua pembekal di Ipoh.

“Pemilik premis telah diarahkan untuk membuat pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961. Turut dirampas semasa serbuan adalah dokumen arahan penghantaran oleh pembekal melibatkan 158 tong LPG,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemilik premis disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala pembekal disiasat mengikut Seksyen 20(1) akta yang sama selain Peraturan 9(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here