NIBONG TEBAL, 18 Mei — Empat puluh orang termasuk seorang bayi lelaki dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jawi, di sini selepas rumah mereka dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata semua mereka daripada 14 keluarga itu dipindahkan ke PPS berkenaan pada 10.45 malam selepas banjir yang melanda rumah mereka tidak surut.

“Mereka merupakan penduduk di kawasan Jawi dan terpaksa dipindahkan selepas air banjir tidak surut. Hujan lebat sejak pukul 10 pagi semalam hingga petang telah menyebabkan banjir malah keadaan diburukkan lagi dengan pertembungan air laut pasang besar,” katanya di sini hari ini.

Katanya selain di Jawi, beberapa kawasan di Nibong Tebal turut dilanda banjir semalam, namun kebanyakan tempat tersebut kembali surut menjelang pukul 8.30 malam tadi.

Beliau berkata cuaca pagi ini di kawasan Nibong Tebal mendung.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here