Permainan atas talian sejak beberapa tahun ini telah menjadi fenomena kepada golongon muda kerana bukan sahaja menyeronokkan malahan mampu menjana pendapatan.

Permainan video yang boleh dimainkan bersama-sama orang lain diatas talian pastinya memberikan suasana yang seronok disamping membantu menambah kenalan.

Semua kata kesat keluar

Namun, sejak semalam, seorang remaja lelaki berbangsa Cina telah teruk dihentam oleh pengguna media sosial kerana bersikap biadap dengan menghina Islam dan Melayu semasa sedang live ketika bermain games.

Kelancangannya telah berjaya dirakam dan menjadi tular di Twitter selepas seorang pengguna memuat naik rakaman suaranya.

Netizen berjaya kenal pasti wajah pemilik akaun

Kata-kata kesatnya telah membuatkan ramai yang mendengar berasa marah kerana sesuka hati melemparkan kebencian kepada agama dan bangsa yang berlainan dengannya.

Hal tersebut membuatkan netizen mengesan pemilik akaun itu dan berjaya mengenalpasti wajah remaja tersebut.

Jangan salahkan ras, salahkan individu

Susulan daripada itu, rata-rata netizen di ruangan sumber telah meninggalkan komen berbentuk kecaman kepada remaja tersebut kerana dengan sengaja merendah-rendahkan agama dan bangsa lain.

Bukan sahaja masyarakat Melayu yang marah, malahan bangsanya sendiri turut berang dengan tindakan biadap remaja itu.

Sumber: @aa_abdrhm

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here