ALOR SETAR: Solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di masjid seluruh negeri Kedah hanya membenarkan seramai 12 jemaah sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkuat kuasa Jumaat ini.

Katanya, kesemua jemaah terbabit terdiri imam, pegawai masjid dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid sahaja.

“Mereka mestilah menjaga jarak satu meter, mengehadkan 12 jemaah bagi memastikan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dapat dilakukan dengan baik.

“Selain itu, jemaah juga diminta untuk mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri ke masjid,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, bacaan khutbah juga akan dipendekkan termasuk masa jemaah berada di masjid sebelum dan selepas solat juga akan dihadkan sebelum pintu masjid ditutup.

Katanya, SOP mengenai ketetapan itu akan dikeluarkan kepada 576 masjid seluruh Kedah secepat mungkin.

“Kita mengharapkan dengan kebenaran menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri akan memberi sedikit kelegaan kepada umat Islam.

“Apabila solat Jumaat ini dapat didirikan pegawai dan AJK masjid, maka mereka melaksanakan tuntutan agama kepada masyarakat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here