Seorang penghantar makanan Foodpanda berada dalam keadaan koma di Hospital Putrajaya selepas terbabit dalam kemalangan jalan dua hari lalu.

Ketika kejadian, mangsa Muhammad Hasif Abdullah baru selesai menghantar pesanan kepada pelanggan sebelum pulang untuk berbuka puasa di Jenderam Hilir, Dengkil.

‘Rider’ gigih berusaha

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang rider yang kemalangan setelah membuat penghantaran pesanan kepada pelanggan di Jenderam Hilir Dengkil.

Cerita tentang,Seorang Rider FoodPandaNamanya Hasif AbdullahAnak muda yang sangat gigih berusaha.Beliau sebelum ini…

Posted by Amir AbdMues on Sunday, May 17, 2020

Bertukar angin kerana kurang permintaan servis

Menurut sebuah posting di Facebook, pada mulanya, rider yang juga dikenali sebagai Hasif membuat penghantaran di kawasan Salak Tinggi, Sepang. Namun begitu, semenjak PKP dilaksanakan, permintaan semakin berkurang dan dia telah membuat keputusan untuk menerima permintaan servis di luar kawasannya.

Image may contain: 1 person, outdoor

Sanggup berkorban demi mencari keperluan keluarga

Dia sanggup bermandi hujan dan berpanas terik dengan menggunakan semua kudrat yang dimilikinya untuk mencari rezeki demi keperluan keluarga. Hasif sanggup menerima pesanan daripada Cyberjaya yang memakan masa 40 minit perjalanan dari kawasannya demi meneruskan kelangsungan hidup.

Image may contain: one or more people

Kemalangan setelah selesai menghantar pesanan

Namun, malang tidak berbau, dalam tugas hendak menyempurnakan amanah orang,
Hasif telah kemalangan sendirian untuk balik berbuka puasa di Jalan Jenderam Hilir Dengkil.

Dia telah dihantarkan ke Hospital Putrajaya dan mendapati dia telah mengalami patah kedua-dua belah tangan dan kaki kiri serta mengalami kecederaan dalaman dan kepala.

No photo description available.

Kuat semangat dik! Cepatlah sedar

Menerusi laman Facebook, kakak mangsa yang dikenali sebagai Rose Mawar meluahkan rasa sayu atas kejadian yang menimpa Hasif selain sentiasa mengemaskini perkembangan terbaru mengenai adiknya.

Kuat semangat adik… Semalam tersenyum jumpa kak ani.. datang rumah kak long… berbuka dan sahur kat sini.. Hari ini…

Posted by Rose Mawar on Friday, May 15, 2020

Doakan agar adik saya kuat melawan sakitnya

Doakan agar adik saya kuat melawan sakitnya untuk cepat recover

Posted by Rose Mawar on Friday, May 15, 2020

Sumber: Rose Mawar, Amir AbdMues

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here