ALOR SETAR, 18 Mei — Menteri Besar Kedah baharu Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas hari pertama beliau di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Ketibaan Muhammad Sanusi, 46, disambut Ketua Setiausaha Sulit beliau Datuk Armishah Siraj sebelum mengetip kad perakam waktu pada 8.43 pagi.

Beliau kemudian beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri Besar kira-kira 10 minit sebelum memulakan tugas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu semalam selepas Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan pelantikannya.

Pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Muhammad Sanusi mendapat sokongan majoriti ADUN.

Sebelum itu, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta setelah kehilangan kepercayaan majoriti ADUN negeri ini.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here