ARAU, 18 Mei — Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyambut hari keputeraan baginda ke-77 semalam di Istana Arau secara sederhana memandangkan seluruh dunia kini memberikan tumpuan kepada usaha menghentikan penularan COVID-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Arau hari ini sambutan tersebut dianjurkan oleh Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid dan hanya dihadiri kerabat terdekat baginda.

Menurut kenyataan itu, majlis dimulakan dengan iftar, solat Maghrib, Isyak, Tarawih secara berjemaah dan doa .

Berikutan COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini, baginda menitahkan agar segala keramaian yang diaturkan bersempena sambutan berkenaan dibatalkan, menurut kenyataan itu.

Tuanku Syed Sirajuddin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mempersembahkan ucapan sembah tahniah kepada baginda melalui pelbagai medium serta mendoakan agar seluruh rakyat turut dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here