Gara-gara membuka keranda mayat pesakit Covid-19, seramai 15 penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo, Indonesia disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Menerusi laporan The Nusantara Daily, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa meluahkan perasaan kecewa terhadap kejadian yang berlaku itu.

Keranda tidak boleh dibuka

Menurut Khofifah, kejadian tersebut berlaku apabila ahli keluarga mangsa membuka keranda dan memandikan mayat. Tambahnya, dia berharap kejadian sebegitu tidak akan berulang kerana proses pengebumian mayat pesakit positif Covid-19 sangat ketat.

Manakala menurut Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin memberitahu bahawa dia menerima maklumat berhubung kes itu agak lewat dan sememangnya ianya berlaku disebabkan kecuaian.

” Orang yang sepatutnya mengebumikan pesakit positif Covid-19 adalah pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas. Keranda tidak boleh dibuka dan pengebumian tidak boleh lebih dari empat jam.

Selepas kejadian itu, pasukan petugas perubatan telah melakukan ujian pantas dan ujian swab kepada penduduk di kawasan tersebut dan akibatnya 15 orang positif wabak berkenaan. Kesemua mereka terpaksa menjalani kuarantin yang sangat ketat.

Sumber: The Nusantara Daily, Oh Bulan!

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here