AMMAN: Masjid Al-Aqsa kekal ditutup sehingga selepas sambutan Aidilfitri, mengikut keputusan Majlis Wakaf Islam pada Isnin, bagi memelihara tempat suci itu dapat penularan pandemik COVID-19.

Ahli majlis berkenaan, Mahdi Abdelhadi, berkata semua isu berkaitan dengan pembukaan masjid sudah pun dibincangkan apabila pihak berkuasa kekal berpegang kepada keputusan sebelum ini untuk menutup masjid berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, kakitangan wakaf dikecualikan daripada larangan untuk bersolat di masjid ketiga suci bagi umat Islam.

“Masjid di Makkah, Madinah, Al-Azhar, Amman dan lain-lain masjid juga ditutup atas sebab yang sama iaitu mahu melindungi kesihatan kariah masjid,” katanya kepada agensi berita, Arab News.

Majlis berkenaan juga menyerahkan kepada Jabatan Wakaf Jordan untuk melakukan apa yang diperlukan membabitkan langkah berjaga-jaga demi melindungi kesihatan dalam usaha menyediakan masjid dan fasiliti lain dalam kawasan Haram Al-Sharif dibuka semula apabila ke arahan perintah berkurung dibenarkan.

Sementara itu, Pengarah Dana Diraja Hashemite untuk Pemulihan Al-Aqsa, Wasfi Kailani memberitahu agensi berita Arab News bahawa pihak berkuasa wakaf itu tidak memiliki kelengkapan mencukupi untuk mengenakan peraturan kawalan kepada jemaah jika mereka kembali.

Pegawai juga bimbang mereka tidak mampu mengawal mereka yang masuk jika masjid dibuka semula dan kemasukan itu juga akan membatasi amalan penjarakan sosial yang menjadi langkah penting dalam memutuskan rantaian penyebaran virus.

Penutupan masjid yang berpanjangan itu bermaksud jemaah tidak akan dapat pergi ke Masjid Al-Aqsa pada Rabu malam untuk menghidupkan malam sempena Lailatulqadar. – Agensi

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here