Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, PERKESO merekodkan peningkatan permohonan bagi program latihan daripada kalangan kakitangan yang kehilangan pekerjaan.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, Datuk Mohd Sahar Darusman, berkata lebih 300 permohonan bagi latihan daripada kakitangan yang kehilangan pekerjaan, termasuk 197 sedang menjalani program latihan secara dalam talian diterima PERKESO melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Sistem Insurans Pekerjaan bantu pekerja dibuang | Kolumnis ...
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

Dalam tempoh itu, katanya, sebanyak 250 kursus dalam talian ditawarkan PERKESO dengan 75 daripadanya adalah kursus latihan yang turut mengadakan penempatan pekerjaan.

“Kerajaan, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan pada 27 Februari lalu, menaikkan kadar Program Latihan di bawah SIP daripada RM4,000 kepada RM6,000, manakala Elaun Latihan daripada RM10 ke RM30.

“Enam jenis faedah ditawarkan iaitu Elaun Mencari Pekerjaan, Elaun Bekerja Semula Awal, Elaun Pendapatan Berkurangan, Yuran Latihan, Elaun Latihan dan Program Penempatan Pencarian Pekerjaan, di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017,” kata agensi itu dalam kenyataan, hari ini.

SIP PERKESO menawarkan 40,000 program berasaskan keperluan industri, khas bagi kakitangan hilang pekerjaan dengan kursus itu ditawarkan melalui penyediaan latihan daripada sektor awam dan swasta dilantik agensi berkenaan.

PERKESO mengambil langkah proaktif dengan membolehkan pekerja hilang pekerjaan menduduki latihan secara dalam talian dari kediaman mereka selepas kebanyakan premis penyedia latihan tidak beroperasi dan ditukar kepada pusat kuarantin sepanjang PKP.

PERKESO menghayati normal baharu ini dalam melaksanakan Dasar Pasaran Buruh Aktif, di mana PERKESO adalah agensi pertama di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksanakan program latihan dan temuduga terbuka secara maya.

Ramai yang hilang kerja ketika PKP - PERKESO | Nasional | Berita ...
Kredit: Berita Harian

Pekerja hilang pekerjaan dan berdaftar dengan PERKESO dinasihatkan membuat permohonan bantuan kewangan SIP dan juga mendapatkan latihan dan penempatan pekerjaan melalui laman sesawang PERKESO www.perkeso.gov.my.

Penyedia latihan yang berminat untuk bekerjasama dengan PERKESO boleh berdaftar sebagai penyedia latihan melalui Portal Latihan SIP PERKESO di laman sesawang www.eisperkeso.gov.my/eisportal/trainingProvider/login.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Unit Latihan di 0380915167 / 0380915164 / 0380915162 / 0380915150 / 0381905146 atau emel kepada [email protected].

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here