Bhubaneswar: Sami ditahan kerana mengorbankan seorang lelaki di sebuah kuil di tenggara India yang didakwa bagi upacara ‘menenangkan’ Tuhan dan mengakhiri pandemik Covid-19.

Menurut laporan Gulf News, sami itu dikenali Sansari Ojha,70, memenggal kepala lelaki berusia 52 tahun pada malam Rabu lalu, sebelum menyerah diri di Balai Polis Narasinghpur.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Saroj Pradhan.

Dalam soal siasat, sami itu mendakwa mendapat arahan dalam mimpinya supaya mengorbankan manusia bagi mengakhiri wabak yang mengancam seluruh dunia.

“Dia mendakwa melihat Tuhan dalam mimpinya dan disuruh melaksana upacara korban. Disebabkan itu, dia memenggal kepala mangsa,” kata Pegawai Polis Bahagian Athagarh, Alok Ranjan Ray.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dan suspek dilapor menghisap ganja bersama-sama.

Mayat sudah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan senjata digunakan turut dirampas.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here