BAGHDAD: Iraq mengesahkan 34 kematian akibat wabak pandemik COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 426 orang – jumlah kematian harian tertinggi di negara itu sejak Februari. 

Kementerian Kesihatan berkata, 1,146 kes telah direkodkan setakat Rabu, menjadikan jumlah jangkitan kepada 15,414 kes dan 6,214 daripadanya dilaporkan sudah pulih.

Mei lalu, kerajaan Iraq menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara sehingga 14 Jun ini berikutan peningkatan kadar jangkitan. 

Kebimbangan berlaku di Iraq terhadap kemungkinan kelemahan sistem kesihatan sekiranya jumlah jangkitan terus meningkat. 

Iraq mengenakan perintah berkurung untuk pertama kalinya pada 17 Mac lalu, sebelum melonggarkan sekatan pada 21 April dengan membenarkan rakyatnya bebas keluar kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Wabak berkenaan telah meragut lebih 412,000 nyawa di 188 negara sejak Disember lalu. Amerika Syarikat (AS), Brazil dan Russia adalah negara paling teruk terjejas. 

Lebih daripada 7.27 juta kes telah dilaporkan di seluruh dunia, sementara 3.39 juta telah pulih setakat ini. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here