PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 210 individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah berkenaan seramai 199 individu dikenakan kompaun, 10 direman manakala seorang diikat jamin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP berkenaan termasuklah aktiviti pub dan kelab malam yang membabitkan 72 individu dan aktiviti tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu 138 orang.

“Operasi pematuhan yang dilaksanakan semalam turut membuat 66,463 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 4,230 pasar raya, 5,883 restoran serta 1,508 penjaja, 1,398 kilang, 3,720 bank dan 835 pejabat kerajaan dipantau. Turut dipantau ialah sebanyak 1,390 terminal pengangkutan darat, 379 terminal pengangkutan air serta 121 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SUMBER: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here