KUALA LUMPUR – UMNO secara rasmi mengumumkan pendirian tidak menyertai  gabungan Perikatan Nasional (PN) dan akan terus perkasakan kerjasama dengan Muafakat Nasional (MN).

Keputusan itu dinyatakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi.

Menurut beliau, kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan  BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

“UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

“Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu,” katanya sambil membaca kenyataan.

Dalam sidang media itu juga, Ahmad Zahid memberitahu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai MN.

Kata Ahmad Zaid, hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.

Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

“Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara,” ujarnya.

Sumber – MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here