Kenyataan Media Mengenai Isu Darurat Oleh SEDAR Malaysia untuk siaran segera.

Tarikh 24/10/20

  • Tindakan YAB PM, Muhiyidin Yassin dan kabinet beliau, mencadangkan kepada DYMM YDPA untuk mengisytiharkan darurat hanyalah satu tindakan untuk melibatkan YDPA dan rakyat dalam pertelingkahan politik mereka.
  • Nyawa politik PN sudah sampai ke hujungnya. Sebarang perseteruan dalam politik haruslah diselesaikan melalui melalui kaedah politik, bukan dengan mengheret YDPA dan rakyat sekali.
  • Sekiranya benar kepimpinan MY sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen, sila lalui proses yang sepatutnya.
  • Sejak awal tahun, semenjak dilanda wabak Covid-19, ekonomi negara telah mengalami penyusutan yang teruk dan sehingga kini, masih terus menyusut. Ramai rakyat Malaysia yang hilang kerja atau mengalami pemotongan gaji. Hampir 800,000 sudah pun menganggur dan angka ini dijangka terus meningkat.
  • Pengisytiharan darurat akan memberikan tekanan lebih teruk kepada ekonomi negara yang telah teruk. Pelabur tidak akan berani untuk melabur.
  • Rakyat tidak mampu untuk terus menanggung derita hanya demi kelangsungan politik sesetengah pihak.
  • Jika darurat diisytiharkan, barisan menteri dan PM mempunyai kuasa tanpa sebarang check and balance. Mereka boleh melaksanakan apa-apa sahaja tanpa sebarang accountability dan responsibility. Penyaluran peruntukan tidak lagi perlu melalui kelulusan parlimen.
  • Kuasa yang tidak terhad ini merbahaya. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran individu-individu tertentu dalam barisan kabinet sedia ada yang ramai tahu, dituduh telah menyalah gunakan kuasa.
  • Rakyat menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan YDPA untuk menangani isu ini. Kami sudah tidak percaya dengan kemampuan kerajaan sekarang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat.
  • Kepada ahli politik, kasihanilah rakyat marhaen ini.

Saudara Nazrin Norani
Presiden
SEDAR Malaysia
Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanah Rakyat Malaysia

Untuk maklumat lanjut hubungi
Nazrin Norani – 011-31619551

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here