23 kes pembalakan haram dikesan sejak PKP

0
31

KOTA BHARU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bermula, pada Mac lalu,

ternyata tidak dihiraukan apabila pembalak haram tetap menceroboh kawasan hutan simpan kekal (HSK) di Kelantan.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah, berkata sepanjang tempoh itu, pihaknya mengesan sebanyak 23 kes pencerobohan HSK terutama di Gua Musang, Kuala Krai dan Machang.

Beliau berkata, HSK di Ulu Sat, Machang seluas 14,710 hektar adalah kawasan yang kerap diceroboh pembalak haram kerana di situ dikatakan mempunyai lebih 1,000 spesis kayu bermutu tinggi seperti Balau, Balau Merah, Chengal dan Merbau yang boleh mencapai harga RM1,500 satu meter padu.

“Pencerobohan untuk mendapatkan kayu bermutu tinggi, dilakukan sebilangan pembalak secara kecil-kecilan dan biasanya kumpulan ini didalangi penduduk tempatan dan warga asing yang mempunyai kemahiran membelah kayu.

“Walaupun, PKP didapati tidak menakutkan penceroboh itu, namun dengan tindakan pantas penguatkuasa sejak Mac lalu, seramai 13 individu termasuk sembilan warga asing dari Thailand dan Myanmar berjaya ditahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdullah Khalim berkata, sepanjang PKP pihaknya masih meneruskan pemantauan dan penugasan, selain terus menerima maklumat daripada orang ramai.

Jelasnya, dalam tempoh tiga hari lalu tiga kes dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman, selain merampas pelbagai jenis kayu, mesin dan kenderaan daripada pembalak haram, bernilai lebih RM40,000.

Sumber: BERNAMA, Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here