2,437 IPAKK tak dibenar beroperasi di Sarawak

0
83

KUCHING: Sebanyak 2,437 Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) di Sarawak tidak dibenarkan beroperasi ketika ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata daripada jumlah berkenaan, 325 IPAKK tidak dibenarkan beroperasi di Sibu, yang dilanjutkan pelaksanaan PKP sejak 27 Januari lalu.

“Bagi bahagian lain, sebanyak 1,006 prasekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, 991 buah IPAKK di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sarawak, 105 buah tabika di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sarawak serta 10 buah tadika SeDidik tidak beroperasi dalam tempoh PKPB ini,” katanya selepas melawat empat IPAKK di sekitar Kuching, hari ini.

Sementara, beliau berkata taska dan tadika swasta yang lain masih beroperasi dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here