26 ribu kes kemalangan di seluruh negara ketika PKPP dilaporkan

0
52
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 25,958 kemalangan jalan raya di seluruh negara, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lalu hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata daripada jumlah itu, 224 kemalangan maut dicatatkan dengan 250 kematian.

“Saya tidak boleh membuat perbandingan statistik kemalangan ketika PKPP dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerana ia membabitkan tempoh masa berbeza.

“Apa yang saya boleh simpulkan trend kemalangan ketika PKPP tidak ‘lari’ jauh sebelum PKP dalam tempoh sama.

“Tiada penurunan atau peningkatan statistik kemalangan berkenaan secara mendadak,” katanya pada BH, hari ini.

Mengulas lanjut, Azisman menasihatkan orang ramai untuk mematuhi undang-undang jalan raya bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Kita akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang.

“Jangan abaikan undang-undang dan peraturan jalan raya, amalkan pemanduan secara berhemah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here