27 petugas kesihatan diterbangkan ke Sabah

0
28

KUALA LUMPUR: Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi tadi menghantar petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Pangkalan Udara (PU) Subang ke Sabah bagi misi COVID-19.

Penerbangan dengan pesawat jenis Airbus A 400M itu turut membawa aset hospital membabitkan peralatan perlindungan diri (PPE) ke negeri yang kini terjejas teruk akibat pandemik berkenaan.

Menurut maklumat dari KKM, secara keseluruhan seramai 27 petugas kesihatan diterbangkan ke Kota Kinabalu dan Tawau pada kira-kira 7 pagi tadi.

“Seramai 26 petugas diterbangkan dari PU Subang, manakala seorang lagi adalah dari Kuching, Sarawak yang dibawa ke Sabah hari ini.

“Antara aset yang dibawa ialah sarung tangan, pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan penutup kepala, ” katanya.

Pesawat memulakan perjalanan pagi tadi dan dijangka mendarat di Kuching lalu ke Tawau dan Kota Kinabalu sebelum pulang semula ke PU Subang dijadual pada jam 6.20 petang nanti.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here