40 minit aksi kejar mengejar sebelum bot ditahan

0
1109

KELANTAN: Remaja berusia 14 dan 15 tahun adalah antara 12 nelayan Vietnam yang berjaya ditangkap oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) kerana menceroboh perairan negara, semalam.

Mereka ditangkap di 79.7 batu nautika daripada muara Tok Bali pada 11.40 pagi semalam dengan nilai rampasan RM1.5 juta.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, turut ditangkap tekong bot dan krew, yang semuanya berusia antara 14 hingga 42 tahun termasuk dua remaja berkenaan, dipercayai bekerja sebagai awak-awak.

Katanya, tangkapan dibuat dalam operasi yang diketuai beliau ketika operasi rondaan bagi membanteras aktiviti yang melanggar undang-undang perairan negara.

“Kita mengesan bot berkenaan pada jam 11 pagi dan mengejar selama 40 minit apabila mereka cuba melarikan diri namun hasil kecekapan pegawai dan anggota APMM, bot berkenaan berjaya ditahan pada jarak empat batu nautika daripada lokasi yang dikesan.

“Cabaran lain yang kami hadapi adalah untuk membawa balik bot ke jeti yang mengambil masa 18 jam dan tiba di Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali jam 6 pagi tadi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kelantan di Pak Mayong, Tok Bali, Pasir Puteh, pagi tadi.

Beliau berkata, bot nelayan asing jenis pukat tunda itu mengambil masa yang lama untuk dibawa ke jeti kerana kedudukan jarak yang jauh.

“Nilai rampasan adalah sebanyak RM1.5 juta itu membabitkan nilai bot, peralatan tangkapan dan hasil laut yang dicuri seperti sotong dan ikan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 yang jika sabit kesalahan boleh dihukuman denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600,000 kepada awak-awak,” katanya.

Muhd Nur Syam Asmawie berkata, tangkapan itu juga adalah kejayaan tangkapan ke 11 pihak APMM bagi tahun ini bermula Januari hingga hari ini.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here