452 yang pulang semalam diarah kuarantin wajib di rumah

0
105

KUALA LUMPUR: Seramai 452 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air semalam, diarah menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dua lagi individu yang pulang dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Semalam seramai 454 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dari Indonesia, Iran, Iraq, Singapura, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Taiwan, Jepun, Vietnam, Myanmar, Qatar dan Belanda.

“Seramai 148 lagi memasuki sempadan negara di Johor dan semua mereka diperintahkan menjalani kuarantin wajib di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here