5 penguat kuasa JPJ Perak, proksi direman 6 hari

0
227

IPOH: Tiga penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dan dua proksi direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan.

Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab mengeluarkan perintah reman ke atas lima lelaki terbabit di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Terdahulu, kelima-lima suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan, mereka adalah antara lapan penguat kuasa JPJ Perak, Pahang dan Pulau Pinang serta empat proksi yang ditahan kerana disyaki menerima suapan, semalam.

Suspek terbabit disyaki menerima suapan daripada pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat berkenaan yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) dan 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here