7,000 anggota bomba didaftar dalam fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

0
27

PUTRAJAYA: Seramai 7,000 petugas barisan hadapan dalam kalangan anggota bomba didaftarkan untuk menerima vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Katanya, program vaksinasi untuk petugas barisan hadapan bomba akan dijalankan secara berperingkat bermula Jumaat ini, dengan beliau serta Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Muhammad Hamdan Wahid akan menerima suntikan vaksin itu pada hari berkenaan.

Beliau yang ditemui media selepas merasmikan Hari Landskap Negara 2021 di sini hari ini berkata ketika ini terdapat kira-kira 14,000 anggota bomba di seluruh negara.

Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ dalam tiga fasa bermula 24 Februari lalu untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin COVID-19 menjelang Februari 2022. – BERNAMA

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here