8 NGO gesa kerajaan tak tunduk pekebun durian haram

0
234

KUANTAN: Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kerajaan Pahang tidak tunduk terhadap tuntutan kumpulan pekebun yang mengusahakan tanaman durian secara haram di tanah kerajaan sejak sekian lama.

Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim, berkata pekebun terbabit ingkar undang-undang dan meneroka tanah secara haram, sekali gus tindakan mereka itu seperti mencabul hak kerajaan Pahang serta rakyat.

“Bayangkan kerajaan Pahang menanggung kerugian hingga RM30 juta cukai tanah dalam tempoh 10 tahun yang jumlah itu jika diberikan kepada rakyat miskin, ramai mendapat manfaatnya.

“Banyak permohonan tanah penduduk kampung tidak berjaya. Tiada sebab kerajaan perlu beri tanah kepada golongan terbabit,” katanya selepas mengadakan himpunan secara aman membantah penerokaan tanah secara haram di Pahang di Taman Kerang di sini, semalam.

Lebih 60 ahli mewakili lapan NGO di Pahang itu, berhimpun sebagai tanda membantah penerokaan tanah secara haram dan berharap kerajaan negeri bertegas dalam hal itu.

Muhammad Faiz berkata, lapan laporan polis mewakili lapan NGO dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam dan dijangka lebih 10 lagi laporan polis dibuat NGO lain seluruh negeri.

Beliau berkata, laporan dibuat bagi meminta polis mengambil tindakan terhadap peneroka tanah haram, selain menggesa kerajaan Pahang tidak tunduk kepada sebarang tuntutan pekebun haram yang ingkar undang-undang.

1 Ogos lalu, Kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di tanah kerajaan negeri.

Antara kawasan dusun durian di Raub terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

Sumber:Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here