Abam askar dah siap masuk hutan, ‘pagar’ sempadan elak Covid-19 menular

0
601

Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa semua kawalan sempadan di Malaysia akan lebih diperketat demi memastikan tiada kemasukan warga asing menerusi ‘laluan tikus’ demi mengelakkan Covid-19 menular.

Terbaru, menerusi akaun Facebook Rejimen Keempat Kor Armor Diraja pihak Angkatan Tentera Malaysia dilihat sudah mulai bergerak masuk ke hutan sempadan Malaysia Sarawak-Indonesia bagi mengawal sempadan negara.

KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA SARAWAK-INDONESIA (KALBAR) DIPERTINGKATKANSARAWAK, Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan…

Posted by Rejimen Keempat Kor Armor Diraja on Monday, April 13, 2020

Kerjasama dengan pihak PDRM

Posting tersebut memberitahu ini merupakan hasil kerjasama antara pihak ATM dan pihak PDRM (PGA) bagi bagi mengawal sempadan antara Malaysia Sarawak-Indonesia dari dicerobohi.

Image may contain: one or more people, tree, outdoor and nature

Mengelakkan penularan Covid-19

Operasi tersebut jugak dilaksanakan bagi mengelakkan penularan Covid-19 dari terus menular di samping memperkukuhkan lagi keselamatan negara.

Susulan Fasa 2

Langkah yang dibuat adalah susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua yang berakhir pada 14 April dan disambung kepada fasa ketiga bermula esok sehingga 28 April.

Semoga dipermudahkan urusan

Tidak ketinggalan, rata-rata netizen juga turut meninggalkan komen di posting tersebut dan mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi dari perkara yang buruk.

Sumber: Rejimen Keempat Kor Armor Diraja

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here