Agong persembahkan DK Pahang kepada Sultan Selangor

0
193

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat (DK) Pahang kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Darjah kebesaran DK Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati itu dipersembahkan Al-Sultan Abdullah kepada Sultan Sharafuddin pada istiadat yang berlangsung di Dewan Sri Maharaja, Istana Negara, hari ini.

Sultan Sharafuddin kemudian mempersembahkan DK Selangor Yang Amat Dihormati kepada Al-Sultan Abdullah.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Istiadat itu turut disaksikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here